
PERKHIDMATAN
Membantu usahawan memahami struktur, pematuhan, operasi, kewangan dan arah perkembangan perniagaan dengan lebih jelas dan tersusun.
Perniagaan yang berkembang bukan hanya tentang produk atau jualan. Ia melibatkan cara perniagaan itu dibina dan diuruskan, struktur yang jelas, pematuhan yang dijaga, operasi yang tersusun, kefahaman kewangan, manusia yang tepat, perancangan yang teliti serta arah strategik yang jelas.
Pendekatan saya adalah membantu pemilik perniagaan memahami dan menyusun perkara-perkara ini satu persatu, mengikut keadaan sebenar perniagaan mereka.
BIDANG PERKHIDMATAN
Membina struktur, peranan dan amalan operasi yang lebih jelas.
Membangunkan pengetahuan dan disiplin usahawan secara praktikal.
Berniaga dan membina perniagaan adalah dua perkara yang berbeza. Berniaga adalah tentang menjalankan operasi harian. Membina perniagaan pula melibatkan struktur, sistem dan cara kerja yang membolehkan perniagaan itu berjalan dengan lebih stabil.
Apabila sistem dibina dengan betul, pemilik perniagaan kurang bergantung kepada diri sendiri dan lebih bersedia untuk berkembang.
“Bisnes yang stabil bukan bergantung pada owner, tapi pada sistem yang dibina.”